AS bakal hasilkan 1 bilion vaksin mRNA setiap tahun

November 18, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) bakal menghasilkan hampir satu bilion dos vaksin mRNA setiap tahun, bermula tahun depan sebagai persiapan ketika pandemik dan bagi menghadapi gelombang pada masa depan.

Penyelaras tindak balas Covid-19, Jeff Zients memaklumkan matlamat program tersebut adalah untuk meningkatkan kapasiti sedia dengan tambahan pengeluaran satu bilion dos setahun, bermula pada separuh kedua 2022.

“Bagi mencapai matlamat itu, Jabatan Kesihatan AS meminta syarikat yang mempunyai pengalaman menghasilkan vaksin mRNA untuk mengenal pasti peluang meningkatkan kapasiti pengeluaran.

“Selain menyediakan lebih banyak pengeluaran dos vaksin kepada penduduk AS, juga akan membolehkan AS membantu negara lain,” jelasnya.

Tambahnya, sehingga semalam, Washington sudah menbekalkan 250 juta dos ke 110 negara secara percuma, lebih daripada sumbangan semua negara lain digabungkan.

“Pelan ini juga akan membantu pihak kami menghasilkan bekalan dos vaksin dalam tempoh enam ke sembilan bulan selepas mengenal pasti patogen dari mana-mana pandemik pada masa akan datang,” katanya.

Menurut media AS, sokongan penduduk terhadap Presiden AS, Joe Biden semakin merosot sejak musim panas dan Beliau akan meningkatkan tindakan untuk memerangi wabak dan dijangka akan membuat pembelian 10 juta rawatan antivirus Covid-19 dalam masa terdekat.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, sehingga kini AS merekodkan lebih 760,000 kematian dan merupakan negara yang paling teruk terjejas di dunia akibat penularan Covid-19 serta sejak minggu lalu, purata kes harian juga sudah melebihi 1,000 korban sehari. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok