28 maut letupan bom di masjid Syiah di Afghanistan

October 8, 2021 · Dunia

Sekurang-kurangnya 28 jemaah terbunuh manakala puluhan lagi cedera setelah bom diletupkan di dalam sebuah masjid di daerah Kunduz, Afghanistan, hari ini.

Jurucakap Taliban berkata letupan berlaku di sebuah masjid milik minoriti Syiah namun tidak pasti sama ada bom dipasang di situ atau ada pengebom bunuh diri.

Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab.

Letupan bom itu menyusul setelah beberapa siri serangan, termasuk ke atas sebuah masjid di Kabul beberapa hari lalu, dengan sesetengahnya dilakukan kumpulan IS.

Serangan tersebut menjadi satu cabaran buat pasukan keselamatan Taliban, yang mengambil alih negara itu pada Ogos dan sejak itu melakukan operasi terhadap militan IS di Kabul.

“Tengah hari ini, satu letupan berlaku di sebuah masjid komuniti Syiah. Akibatnya ramai yang terbunuh dan cedera,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam Twitternya. – Agensi

Berita berkaitan
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023· Dunia
Malaysia, Iran eratkan kerjasama pertanian setelah Mat Sabu jumpa duta
January 20, 2023· Isu semasa
Putera Harry mengaku bunuh 25 pejuang Taliban ketika operasi
January 6, 2023· Dunia
Menteri Pendidikan PH-BN disuruh jaga negara, bukan main isu Taliban
December 24, 2022· Politik
Popular
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok