27 pelarian lemas bot karam di Selat Inggeris

November 25, 2021 · Dunia

Dua puluh tujuh pelarian dan pencari suaka maut ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris selepas bot dinaiki kempis dan karam dalam bencana terburuk membabitkan pendatang asing di selat yang memisahkan Perancis dan United Kingdom (UK), pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin berkata kejadian berlaku di luar pantai Calais, utara Perancis, turut mengorbankan lima wanita kanak-kanak, dua terselamat dan satu masih hilang.

Empat suspek anggota sindiket pemerdagangan manusia yang didakwa mempunyai kaitan secara langsung dengan kejadian itu telah ditahan, katanya, menurut Agence France-Presse (AFP).

Sejak awal 2021, polis dan tentera menahan 1,552 penyeludup di pantai utara Perancis dan dan membongkar 44 rangkaian pemerdagangan manusia.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri UK Boris Johnson kedua-duanya melahirkan rasa sedih terhadap tragedi itu, dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Macron berkata negaranya tidak akan membiarkan Selat Inggeris menjadi tanah perkuburan dan menggesa rakan sejawatannya di Eropah untuk meningkatkan usaha mengelak tragedi seperti itu pada masa depan.

Insiden itu adalah kematian kematian terburuk sejak 2018, apabila pendatang beramai-ramai menyeberangi Selat Inggeris menggunakan bot, sekali gus meningkatkan ketegangan antara London dan Paris mengenai isu itu.

Minggu lalu, 243 individu telah diselamatkan di Selat Inggeris ketika mereka cuba menyeberang ke UK.

Lebih 25,700 orang telah menyeberangi Selat Inggeris ke UK setakat tahun ini dengan bot kecil, menurut data yang dikumpulkan oleh agensi berita PA Media Britain.

Ini adalah tiga kali ganda jumlah keseluruhan untuk tahun 2020, lapor PA. – Agensi

Berita berkaitan
Zambry kata lawatan sulung ke Perancis satu kejayaan, kukuhkan hubungan
June 3, 2023· Isu semasa
Sindiket pelaburan didalangi warga Britain tumpas, 81 individu ditahan
February 22, 2023· Isu semasa
Tugas berat PM baharu Britain
October 25, 2022· Dunia
Ratu Elizabeth II dikebumikan
September 19, 2022· Dunia
Popular
Sekat kelahiran cara sistematik hapus etnik Muslim Uyghur: Penyelidik
June 7, 2021
FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo
October 13, 2021
[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket
May 12, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok