KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19

August 13, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Malaysia antara 52 negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan kajian terhadap ubat jenis artesunate, imatinib dan infliximab bagi merawat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia dipilih kerana mempunyai pesakit Covid-19 yang mencukupi untuk dijalankan kajian itu.

“Sebanyak 600 hospital dari 52 negara terpilih dalam Kajian Solidariti Tambahan ini untuk menjalankan kajian terhadap tiga ubat berkenaan dan Malaysia mempunyai pesakit Covid-19 yang mencukupi untuk dijalankan kajian.

“Ubat artesunate digunakan bagi rawatan malaria yang kritikal. Imatinib pula ubat untuk kanser darah atau leukimia. Infliximab merawat penyakit sistem imun seperti Crohn dan rheumatoid arthritis,” katanya pada sidang media khas hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tiga ubat berkenaan mempunyai kesan antiviral dan disebabkan itu, perlu dikaji keberkesanannya sebelum dapat digunakan bagi membendung penularan Covid-19.

“Kalau dah laksanakan kajian, barulah kita tahu sama ada ia berkesan atau tidak. Kajian ini dilakukan secara besar besaran membabitkan 52 negara dan data yang akan diperoleh nanti lebih menyakinkan dan lebih kukuh,” katanya.

Terdahulu WHO mengumumkan sedang melakukan kajian terhadap ketiga-tiga jenis ubat baharu untuk merawat Covid-19 yang melibatkan ribuan penyelidik dari 600 hospital di 52 buah negara.

WHO memaklumkan ketiga-tiga ubat baru itu ialah Artesune untuk merawat malaria kronik, Imatinib untuk merawat penyakit barah tertentu dan Infliximab (merawat gangguan pada sistem imun seperti penyakit Crohn atau penyakit radang kronik).

Artesune dihasilkan di makmal Ipca berpangkalan di India adalah ubat antimalaria yang diekstrak dari ramuan Artemisia annua dan telah digunakan secara meluas.

Imatinib pula telah dihasilkan oleh Novartis berpangkalan di Switzerland dan merupakan syarikat farmaseutikal terbesar di dunia. Kajian akan dilakukan secara lisan, sekali sehari selama 14 hari.

Dos yang digunakan adalah dos standard yang berada di bawah kawalan bagi pesakit kerana ubat ini dapat memberi kesan sampingan sekiranya digunakan dalam jangka masa yang panjang.

WHO uji tiga jenis ubat baharu rawat Covid-19

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok