WHO uji tiga jenis ubat baharu rawat Covid-19

August 13, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan sedang melakukan kajian terhadap tiga jenis ubat baharu untuk merawat Covid-19 yang melibatkan ribuan penyelidik dari 600 hospital di 52 buah negara.

WHO memaklumkan ketiga-tiga ubat baru itu ialah Artesune untuk merawat malaria kronik, Imatinib untuk merawat penyakit barah tertentu dan Infliximab (merawat gangguan pada sistem imun seperti penyakit Crohn atau penyakit radang kronik).

Artesune dihasilkan di makmal Ipca berpangkalan di India adalah ubat antimalaria yang diekstrak dari ramuan Artemisia annua dan telah digunakan secara meluas.

Kajian akan dilakukan secara suntikan selama 7 hari menggunakan dos standard yang disyorkan untuk merawat penyakit malaria teruk dan penyakit parasit lain. Ubat ini sudah digunakan selama lebih 30 tahun lalu dan ia dianggap sangat selamat.

Imatinib pula telah dihasilkan oleh Novartis berpangkalan di Switzerland dan merupakan syarikat farmaseutikal terbesar di dunia. Kajian akan dilakukan secara lisan, sekali sehari selama 14 hari.

Dos yang digunakan adalah dos standard yang berada di bawah kawalan bagi pesakit kerana ubat ini dapat memberi kesan sampingan sekiranya digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Data awal klinikal menunjukkan Imatinib dapat merawat kebocoran kapilari di paru-paru. Percubaan klinikal secara rawak di Belanda melaporkan bahawa Imatinib mungkin dapat memberikan fungsi klinikal pada pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital.

Selain itu, ubat Infliximab dihasilkan oleh Johnson and Johnson (J&J) untuk merawat penyakit sistem imunisasi tubuh. Kajian akan dilakukan secara suntikan dengan satu dos standard seperti diberikan kepada pesakit radang kronik dalam jangka masa panjang.

Infliximab adalah inhibitor TNF alpha, antibodi monoklonal chimeric yang mengenali TNF alpha manusia. Biologi anti-TNF telah diluluskan untuk merawat keradangan autoimun tertentu lebih daripada 20 tahun lalu dan menunjukkan keberkesanan yang baik bagi populasi warga emas yang semakin terkesan dengan jangkitan Covid-19.

WHO berkata inisiatif ini dilaksanakan oleh panel pakar bebas kerana kemampuannya untuk mengurangkan risiko kematian pada pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di hospital dan pihak pengeluar ubat ini sedang melakukan percubaan untuk keberkesanan semua ubat tersebut.

“Mencari jalan untuk penyembuhan yang lebih berkesan dan mudah diakses untuk pesakit Covid-19 tetap menjadi keperluan utama dan WHO dengan berbesar hati memimpin usaha global ini,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Sebelum ini, WHO telah melakukan kajian terhadap empat jenis ubat iaitu remdesivir, hydroxychloroquine, lopinavir dan interferon, namun hasil awal kajian menunjukkan tindak balas ubat tersebut terhadap pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital tidak berkesan.

Melalui percubaan Solidarity PLUS ini, para penyelidik di seluruh dunia akan berpeluang untuk menggunakan kepakaran dan sumber daya mereka untuk menyumbang kepada penyelidikan Covid-19 di peringkat global. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok