Selepas kecoh isu wang RM114 juta, Najib perkenal talian khas bantuan makanan

August 6, 2021 · Isu semasa

Sebaik sahaja berita berhubung wang sita RM114 juta dikembalikan diketahui umum, Datuk Seri Najib Razak tidak membuang masa dan memperkenalkan talian khas bantuan makanan khusus kepada rakyat dikawasan Parlimen Pekan hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mencuri tumpuan susulan laporan berhubung wang berjumlah RM114 juta yang sudah dipulangkan kepadanya, ia selepas keputusan mahkamah memihak kepada Ahli Parlimen Pekan itu pada Mei lalu.

“Pejabat Parlimen Pekan dan BN Pekan telah menghulurkan kepada seramai yang mungkin. Imam, bilal, siak, peniaga kecil, pekerja buruh, pesara, warga emas, orang Asli.

“Pintu kami tidak tutup dan tidak henti memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Saya bimbang mungkin masih ada di Pekan yang memerlukan pertolongan dari segi keperluan makanan,” katanya dalam Facebook.

Najib memberi komitmen untuk membantu semua warga Pekan yang terjejas dan berkongsi nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya mahu meminta bantuan.

Saya ambil keputusan untuk kongsikan nombor talian yang penduduk Pekan boleh hubungi atau WhatsApp kepada: 014-7055403, 014-7055404.

“Saya cuba bantu seramai yang saya boleh,” katanya.

Baru-baru ini Agenda Daily melaporka Timbalan Pendakwaraya Faten Hadni Khairuddin mengesahkan yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, telah dipulangkan kepada Najib.

Tambahnya lagi, pemulangan itu dilakukan kerana pihak pendakwaan tidak memohon untuk memfailkan rayuan, selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman pada 20 Mei lepas, menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit.

Pada Mei lalu, Muhammad Jamil menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences yang terletak di ibu negara pada 17 Mei 2018.

Sebelum ini, Najib menjelaskan walaupun sudah menang kes sitaan wang RM114 juta tersebut, wang tersebut masih belum dikembalikan dan sekiranya dikembalikan selepas ini ia terpulang untuknya berbelanja wang tersebut sesuka hati.

Untuk rekod, Najib dan UMNO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status wang tersebut.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok