Sarawak Report buat tuduhan palsu pertemuan singkat PM-Agong

August 6, 2021 · Isu semasa

Artikel terbaharu yang dikeluarkan Sarawak Report adalah palsu yang dilihat cuba melaga-lagakan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan gambaran kononnya pertemuan baru-baru ini berlangsung secara singkat.

Portal dimiliki wartawan asing tersebut membuat tuduhan tidak tepat kononnya pertemuan pada Rabu berlangsung dengan singkat dan Yang di-Pertuan Agong murka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), walhal pertemuan tersebut sebenarnya berlangsung selama 45 minit dan perbincangan berlangsung dengan keadaan tenang tidak seperti yang digambarkan portal tersebut.

“Paling ketara mengatakan Perdana Menteri mengadap YDP Agong selama 5 minit, padahal ia berlangsung selama 45 minit.

“Hubungan diantara DYMM YDP Agong dan YAB Perdana Menteri amat baik. YDP Agong seorang yang bijaksana dan memahami keperluan sebuah kerajaan yang stabil,” kata sumber Pejabat Perdana Menteri kepada Agenda Daily hari ini.

Jelas sumber lagi, Muhyiddin turut membentangkan kepada Kabinet berhubung usul undi percaya dicadangkan semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong yang akan dibawa ke Parlimen pada September dan tuduhan berlaku penipuan tidak benar sama sekali memandangkan terdapat catatan minit mesyuarat semasa pertemuan tersebut.

“Perdana Menteri juga telah menyebutnya semasa mesyuarat kabinet tentang Baginda Tuanku berkenan undi percaya terhadap beliau dibawa ke Parlimen. Majlis menghadap berlangsung dalam suasana yang mesra dan berterus terang.

“Perkara-perkara ini biasanya dicatatkan dalam minit mesyuarat kabinet yang juga akan dibaca oleh Baginda Tuanku. Tak mungkin Perdana Menteri nak berbohong kepada kabinet mengenai butiran perbincangan beliau dengan Baginda Tuanku,” kata sumber lagi.

Tindakan laporan palsu tersebut disiarkan menurut sumber sebagai langkah pihak tertentu dalam UMNO yang mempunyai kepentingan peribadi dan berhasrat untuk terus menekan Ahli-Ahli Parlimen UMNO supaya menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

“Penyebaran berita palsu dan pembohongan ini sengaja dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menekan Ahli-Ahli Parlimen (MP) UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri,” ujarnya lagi.

UMNO semalam sudah memberi amaran kepada semua MP mereka untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

Tular dalam media sosial semalam juga berhubung sepucuk surat yang menuntut menuntut Menteri dan Timbalan Menteri UMNO supaya meletak jawatan dengan segera.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
21 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok