Polis cari petugas media ceroboh PKRC MAEPS buat liputan

July 28, 2021 · Isu semasa

Polis sedang mengesan enam petugas media daripada pelbagai agensi setelah menerima aduan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), mereka memasuki kawasan itu tanpa kebenaran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehawan Mohamed berkata polis juga sudah merakam keterangan 17 kakitangan PKRC itu, termasuk doktor dan jururawat bagi membantu siasatan.

Katanya polis telah menerima satu laporan daripada pihak pengurusan PKRC Bersepadu (PKRCB) MAEPS semalam, yang melaporkan terdapat enam petugas media daripada pelbagai agensi masuk ke kawasan PKRC itu antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari tanpa kebenaran.

“Kawasan tersebut merupakan sebuah dewan yang menempatkan seramai 496 pesakit wanita yang positif Covid-19.

“Dewan di kawasan PKRCB MAEPS telahpun diwartakan sebagai tempat Pusat Kuarantin dan Rawatan Penyakit Berjangkit Covid-19 dan orang luar dilarang memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md Noor Aehawan berkata, siasatan mendapati salah seorang petugas media itu membuat laporan secara langsung semasa berada di dalam dewan tersebut.

“Sehubungan itu, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan membuat rakaman siaran langsung di dalam kawasan dilarang sehingga menampakkan pesakit Covid-19 yang sedang dirawat, juga akan dibuat.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan segera sebelum siasatan dimajukan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
8 jam lalu· Isu semasa
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok