Sistem e-Tanah diperluas ke sembilan negeri, wilayah: PM

July 27, 2021 · Isu semasa

Sistem e-Tanah yang dilaksanakan secara kerjasama awam-swasta (PPP) akan diperluaskan ke beberapa negeri menjelang 2024 setelah terbukti berjaya meningkatkan kualiti dan kecekapan pentadbiran tanah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Selangor, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Kelantan dengan sistem berkenaan dijangka selesai dibangunkan dan boleh diguna pakai sepenuhnya selewat-lewatnya pada 2024.

“Saya difahamkan, perjanjian konsesi Sistem e-Tanah bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan akan dimeterai pada hari ini,” katanya merasmikan sambutan Hari Tanah Negara 2021 secara maya, hari ini.

Beliau berkata sejak inisiatif pemodenan perkhidmatan pentadbiran tanah dijalankan seawal tahun 1980, pentadbiran tanah terus diperkemas dan dipermodenkan seiring perkembangan teknologi terkini dan Kerajaan Persekutuan pada 2014 telah bersetuju untuk melaksanakan Sistem e-Tanah secara PPP.

Sistem e-Tanah adalah inisiatif yang melibatkan kolaborasi di antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan syarikat swasta, bertujuan bagi menyeragamkan pentadbiran tanah di negeri-negeri berdasarkan perundangan yang berkuat kuasa, mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran tanah.

“Saya percaya, pelaksanaan Sistem e-Tanah juga dapat menyumbang kepada kepesatan pembangunan negara, di samping meningkatkan hasil kepada kerajaan negeri khususnya.

“Sistem e-Tanah dijangka selesai dibangunkan di semua negeri berkenaan serta boleh diguna pakai keseluruhan dan sepenuhnya, selewat-lewatnya pada 2024.

“Saya difahamkan, Perjanjian Konsesi Sistem e-Tanah bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan akan dimeterai, hari ini,” katanya.

Perdana menteri berkata semasa peringkat awal pandemik Covid-19 melanda negara pada 2020, pelbagai urusan berkaitan tanah seperti carian persendirian, pembayaran cukai, permohonan pindah milik dan permohonan gadaian tanah dapat diteruskan secara dalam talian dengan cekap dan selamat.

Beliau berkata berdasarkan kejayaan tersebut, Sistem e-Tanah secara PPP mula diperluaskan ke Perak dan telah mula diguna pakai pada Februari lepas dan turut menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam urusan pentadbiran tanah.

Selain itu, Sistem e-Tanah turut meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa pada 2018 iaitu pencapaian ‘Gold Award Public Sector di Asean ICT Award 2018’ yang telah diadakan di Indonesia.

“Saya berharap agar peluasan Sistem e-Tanah ini akan memberikan impak yang positif dalam meningkatkan lagi produktiviti Malaysia di mata dunia dan seterusnya akan menarik minat pelabur-pelabur luar negara untuk menambah pelaburan di dalam negara,” katanya.

Perdana Menteri pada masa yang sama turut menegaskan bahawa di peringkat Kerajaan Persekutuan, dasar dan perundangan tanah semasa sentiasa diteliti dan dikemas kini supaya selaras dengan peredaran masa dan keperluan pelanggan khususnya rakyat.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok