Covid-19 melonjak: Sidang khas Parlimen belum pasti lima hari

July 26, 2021 · Politik

Tempoh sidang khas Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini belum pasti diteruskan mengikut jadual ditetapkan, lapor Utusan yang memetik sumber memberitahunya.

Ini kerana blok kerajaan dan pembangkang akan mengadakan mesyuarat bersama Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun susulan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara semalam yang mencecah lebih sejuta kes dan meragut hampir 8,000 nyawa.

Malah, ada kes yang turut membabitkan institusi Parlimen di mana lebih 30 individu dikatakan positif dan kontak rapat Covid-19 sekali gus menjadi kebimbangan Ahli Parlimen yang akan memulakan persidangan, kata laporan itu.

Sumber itu memaklumkan ketua-ketua parti akan bermesyuarat dengan Azhar mengenai situasi terkini dan akan membuat keputusan sewajarnya mengenai tindakan yang perlu diambil supaya gejala Covid-19 tidak terus menular.

“Speaker Dewan Rakyat akan berunding dengan ketua parti mengenai keadaan terkini, ujian saringan di Parlimen pun telah dibuat, mendapati lebih 30 yang positif dan kontak rapat Covid-19.

“Dalam suasana negara dilanda Covid-19 mencecah 17,000 kes, ia akan dibincangkan mengenai kewajaran sama ada persidangan Parlimen akan diteruskan sehingga lima hari ataupun tidak.

“Bagaimanapun, tidak diketahui sidang khas ini akan disingkatkan sama ada kurang daripada lima hari atau tetap akan terus bersidang mengikut tarikh yang ditentukan sehingga 2 Ogos nanti.

“Semua keputusan ini akan terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat dan ketua-ketua parti bagi menentukannya,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) semalam melaporkan keseluruhan jangkitan Covid-19 sejak kes pertama mula dikesan di negara ini pada Februari tahun lalu, kini melangkau lebih satu juta kepada 1,013,438 kes.

Angka ini muncul setelah 17,045 jangkitan baharu direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, sekali gus menjadi yang tertinggi setakat ini pernah dicatatkan.

KKM turut melaporkan dalam tempoh itu jumlah kematian turun kepada 92 pesakit, berbanding angka yang dicatatkan kelmarin sebanyak 184 kes, menjadikan keseluruhan jumlah kes kematian kepada 7,994.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok