Menteri, Pengerusi GLC daripada UMNO letak jawatan jika darurat dilanjutkan

July 25, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran semua Menteri serta Timbalan Menteri dan Pengerusi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) daripada UMNO akan meletak jawatan sekiranya tempoh Proklamasi Darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos ini.

Zahid mendesak supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak melanjutkan tempoh Darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos dan memberi gambaran UMNO akan bertindak balas dengan mengancam keluar daripada kerajaan serta-merta.

“Memenuhi dan mentaati ketetapan parti pada 25 April 2021 bahawa sekiranya Darurat (Proklamasi dan Ordinan-Ordinannya) diteruskan selepas 1 Ogos 2021, maka ‘Ahli-Ahli Parlimen akan menarik sokongan dan Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC daripada UMNO akan meletakkan jawatan’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gesaan tersebut dibuat menjelang Sidang Khas Parlimen yang akan bermula esok dan Zahid mahu pembatalan Proklamasi Darurat tersebut diputuskan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari tersebut.

“Memenuhi dan mentaati Perlembagaan Persekutuan berasaskan Perkara 150(3) yang mengkehendaki Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya bukan sekadar dibahas tetapi ditentukan keabsahannya samaada diluluskan atau dibatalkan.

“Memahami implikasi Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan bahawa Ordinan-Ordinan Darurat akan terus berjalan selama 6 bulan sekiranya tidak dibatalkan sebagaimana peruntukan 150(3), sekaligus bertentangan dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020, 25 April 2021, 16 Jun 2021 dan yang terbaru 7 Julai 2021.

“Mendokong dan mentaati Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Pemerintah yang menitahkan tiada keperluan untuk Darurat diteruskan dan segala Ordinan-Ordinan Darurat dibahaskan di Parlimen seiring dengan Peruntukan 150(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Selain itu, Zahid juga berkata semua Ahli Parlimen UMNO perlu mengikut pendirian parti dan mengundi untuk tidak menyokong Darurat dilanjutkan.

“Ahli-Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan pendirian parti untuk mengusulkan agar Parlimen mesti membahaskan dan membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan sokongan melalui undi untuk membatalkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinannya,” katanya lagi.

Sidang Khas Parlimen kali ini akan diadakan selama lima hari pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos ini, ia pertama kali semenjak Proklamasi Darurat diisytiharkan pada Januari.

Zahid bagaimanapun tidak dapat hadir pada sidang kali ini kerana didapati positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin kendiri.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok