Hutang PTPTN dihalang ke luar negara, berhutang LHDN boleh ke Jepun?

July 25, 2021 · Politik

Beberapa pengguna media sosial mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kepada anak Datuk Seri Najib Razak yang berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tetapi boleh ke luar negara.

Perbandingan tersebut dibuat dengan pelajar yang tidak membayar hutang pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila mereka tidak dibenarkan untuk ke luar negara.

Anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib yang juga Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kini berada di Jepun bersama kontinjen negara pada temasya Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung.

Anak lelaki Najib, Datuk Mohd Nazifuddin pada 18 Mei lalu menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi Julai tahun lalu.

Mengikut dokumen yang difailkan di mahkamah, kerajaan melalui LHDN memfailkan notis itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Februari lalu terhadap Mohd Nazifuddin, 38, selaku penghutang pada hari yang sama notis kebankrapan difailkan terhadap bapanya.

Berdasarkan notis berkenaan, Mohd Nazifuddin perlu membayar RM37.6 juta dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 6 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM1.1 juta serta kos RM10,000 dan setakat 4 Feb 2021 jumlah itu menjadi RM38,758,370.93.

Bapanya, Najib pula perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021 jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 6 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohd Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM37.6 juta, selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
MIC kecewa dengan Zahid, Vigneswaran dakwa dianaktirikan
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok