[KEMAS KINI] Semakin ramai pesakit sembuh, 184 pula meninggal

July 24, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes sembuh harian pesakit Covid-19 semakin meningkat apabila dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 9,471 kes dilaporkan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan petang ini berkata angka itu menjadikan kes sembuh keseluruhan kepada 834,858 berbanding jumlah kumulatif kes sebanyak 996,393 kes.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga 184 kematian direkodkan menjadikan kumulatif sebanyak 7,902 kes.

“Sebanyak 153,633 kes masih aktif sehingga sekarang. Seramai 950 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dan 468 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Terdahulu beliau memaklumkan jumlah jangkitan harian hari ini sebanyak 15,902 kes. Pecahan kategori kes hari ini adalah seperti berikut:

Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 260 kes (1.6%)
Kategori 4 (perlu oksigen): 129 kes (0.8%)
Kategori 3 (radang paru-paru): 127 kes (0.8%)
Kategori 2 (gejala ringan): 6,901 kes (43.4%)
Kategori 1 (tiada gejala): 8,485 kes (53.4%)

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnos Covid-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhannya, pada mula didiagnos, 3.2 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3 hingga 5 dan 96.8 peratus kes pada kategori 1 dan 2.

“Apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori 3 hingga 5, peratusannya adalah jauh lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan pesakit kategori 1 & 2 adalah diisolasi di rumah (berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat),” katanya.

Namun berdasarkan angka harian yang direkodkan sebelum ini, pesakit Kategori 5 yang didiagnos awal semakin melonjak.

Pada 20 Julai lalu pesakit Kategori 5 yang dicatatkan sebanyak 65 kes dan jumlah itu kekal pada 21 Julai. Pada Khamis lalu jumlah pesakit Kategori 5 yang dikesan pula sebanyak 13 kes sebelum naik semula kepada 29 kes pada Jumaat 23 Julai.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Kategori 5 yang direkodkan hari ini menyaksikan lonjakan kepada 260 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 27 lagi kluster membabitkan 15 jangkitan tempat kerja, kluster komuniti (tujuh), kluster pusat tahanan (dua), dan masing-masing satu kluster pendidkan tinggi, kumpulan berisiko tinggi dan import, dikesan dalam tempoh berkenaan.

Kluster tempat kerja membabitkan Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Melaka dan Pahang.

Selangor, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang turut mencatatkan kluster komuniti.

Pahang, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, dan Sabah turut merekodkan kluster pusat tahanan, pendidikan tinggi, kumpulan berisiko tinggi dan import.

Data 24 Julai 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok