JanaNiaga dijangka dapat dana tambahan RM1.2 bilion bantu PKS

July 22, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menjangkakan peruntukan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi platform pembayaran digital rantaian bekalan nasional, JanaNiaga, meningkat RM1.2 bilion.

Peningkatan peruntukan itu dijangka setelah lebih banyak institusi kewangan akan menyertai JanaNiaga secara berfasa, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata pembiayaan melalui platform JanaNiaga itu juga dijangka mampu menyumbang kepada RM4.8 bilion kecairan tunai PKS.

Katanya EXIM Bank yang ketika ini menerajui JanaNiaga menyediakan peruntukan berjumlah RM300 juta untuk menggerakkan platform itu bagi memastikan PKS terjejas susulan penularan wabak Covid-19, segera dibantu.

“Platform seperti ini memberi faedah besar kepada ekosistem dan diguna pakai secara luas oleh semua ekonomi luar negara. Dengan purata tempoh invois selama 90 hari, jumlah ini bakal menyumbang kepada RM4.8 bilion setahun kepada kecairan tunai PKS.

“Platform JanaNiaga berterajukan pembiayaan invois daripada pembekal syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui portal digital.

Dengan sokongan GLC, pembekal PKS ini akan menikmati kadar pembiayaan serendah 3.5 peratus untuk margin pembiayaan sebanyak 100 peratus, jauh lebih rendah daripada kadar pembiayaan pada kadar biasa,” katanya melancarkan JanaNiaga secara dalam talian, pagi ini.

Tengkul Zafrul berkata, dengan permohonan menerusi dalam talian, membolehkan kelulusan dibuat dalam tempoh 24 jam.

Katanya, pada peringkat awal ini, JanaNiaga akan dilaksanakan dengan kerjasama Petronas dan Telekom Malaysia (TM).

Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil langkah untuk menyokong PKS bagi melindungi pekerjaan dan memastikan sektor itu terus menyumbang kepada ekonomi negara selain menjamin sektor pekerjaan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok