Bersatu, PAS sah bincang pengagihan kerusi hadapi PRU15

March 31, 2021 · Politik

Bersatu dan PAS menyatakan persetujuan kekal dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang dan juga menubuhkan satu jawatankuasa untuk berbincang mengenai pengagihan kerusi.

Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PAS menerusi kenyataan bersama hari ini berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin.

“Bersatu dan PAS juga bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang membabitkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya,” kata kenyataan yang ditandatangani Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Bersatu dan PAS juga menubuhkan jawatankuasa permesyuaratan pada peringkat pusat bagi merangka strategi dan halatuju parti khusus bagi menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN untuk dimuktamatkan secara kolektif di kalangan semua parti-parti komponen.

Bersatu dan PAS juga sentiasa komited untuk mengukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep itu, sekali gus menolak sebarang usaha untuk merungkai perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama.

Sehubungan itu, Bersatu dan PAS menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera, serta rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati untuk sama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan negara yang lebih gemilang.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok