Radzi, tiga yang lain angkat sumpah Senator

July 19, 2021 · Isu semasa

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara setelah khidmatnya sebagai Senator dilanjutkan tiga tahun lagi sehingga 16 Julai 2024.

Turut mengangkat sumpah adalah dua pemimpin Bersatu, Datuk John Ambrose dan Datuk Bobbey Suan Ah Fang. Seorang lagi adalah wakil Gerakan Datuk Teo Eng Tee.

Bobbey adalah lantikan baharu setelah dicadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yan Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Radzi yang juga Menteri Pendidikan, pertama kali dilantik sebagai Senator pada 17 Julai 2018 dan khidmatnya tamat pada Jumaat lalu.

Naib Presiden Bersatu itu pernah bertanding merebut kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 mewakili Pakatan Harapan (PH), namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Susulan kemenangan PH dalam PRU-14, Radzi dilantik sebagai Senator untuk diangkat sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, sebelum dilantik sebagai Menteri Kanan Pendidikan di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, pelantikan John berkuat kuasa pada 16 Januari lalu, manakala lantikan Eng Tee bermula hari ini dan lantikan Bobbey pula berkuat kuasa 5 Januari lalu.

Rais dalam ucapannya berkata, pelantikan itu yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, memberi peluang baharu untuk mereka menabur bakti dan sumbangan kepada bangsa serta negara.

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok