Menteri UMNO terima nasihat kekal dalam kabinet: Muhyiddin

March 31, 2021 · Politik

Menteri dan Timbalan UMNO menerima nasihat untuk kekal berada dalam kabinet pentadbirannya selepas pertemuan baru-baru ini di Putrajaya, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata pertemuan pada Isnin lalu dengan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO diadakan bagi membincangkan kedudukan mereka dalam kabinet susulan keputusan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) yang menamatkan hubungan dengan Bersatu.

“Menteri-Menteri dari UMNO telah menemui saya pada Isnin 29 Mac 2021.

“Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka di dalam kabinet berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beberapa individu dikalangan Menteri UMNO memegang jawatan penting dan mereka mempunyai peranan penting dalam usaha kerajaan mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara, katanya lagi.

“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua Menteri UMNO akan terus kekal di dalam kabinet,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di pejabatnya Isnin lalu.

PAU hujung minggu lalu menyaksikan pemimpin dan perwakilan parti menyerang Bersatu dalam menyokong pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memutuskan hubungan dengan PN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok