Segelintir sahaja petugas kesihatan lengkap vaksin dijangkiti Covid-19

July 16, 2021 · Isu semasa

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya segelintir sahaja kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, dijangkiti Covid-19.

Dalam hantaran Twitternya malam tadi, beliau memaklumkan menurut data KKM pada 24 Februari hingga 14 Julai lalu tidak ada petugas kesihatan yang menerima dua dos vaksin dijangkiti Covid-19 kategori lima.

Beliau berkata data terkini diperoleh daripada ujian berkala menunjukkan 3,106 atau 1.26 peratus daripada keseluruhan 245,932 petugas kesihatan dijangkiti virus itu selepas melengkapkan suntikan vaksin.

“Masing-masing tiga atau 0.1 peratus dalam kategori tiga dan empat (0.1 peratus) dalam kategori empat. Pernah suatu ketika, ramai tidak gembira dengan ciapan saya apabila saya menyentuh mengenai bilangan petugas kesihatan telah dijangkiti selepas lengkap dua dos vaksin.

“Ya, kamu masih boleh dijangkiti selepas lengkap dua dos vaksin tetapi tidak serius, kurang kemasukan ke hospital dan kematian. Percayalah vaksin, percaya data. Vaksin menyelamatkan nyawa dan selepas divaksinasi sepenuhnya kita boleh berdampingan dengan Covid-19,” katanya.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Dr Noor Hisham, sebanyak 1,012 petugas kesihatan dirawat di bawah kategori satu yang mana tidak mengalami sebarang simptom; 2,088 (kategori dua-gejala ringan); tiga (kategori tiga-radang paru-paru); tiga (kategori empat – perlu oksigen) dan sifar dalam kategori lima (rawatan di unit rawatan rapi – ICU).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok