Selepas sidang Parlimen dibuka, Tun M kata belum buat keputusan hadir

July 15, 2021 · Politik

Bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad belum membuat keputusan untuk hadir ke sidang Parlimen, ia selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengambil langkah mengadakan sidang khas pada 26 Julai ini dan menghantar pemakluman untuk membuka Dewan Rakyat 6 September depan.

Pengerusi Parti Pejuang itu berkata hanya akan menghadiri sidang Parlimen akan datang jika perbahasan dan dua usul parti itu dibenarkan walaupun kerajaan sudah mengumumkan pembukaan sidang Parlimen hari ini.

“Kami nak tahu jika ada perbahasan dan usul (kami) boleh dibentangkan.

“Jika tidak, maka kami akan fikir semula. Kami belum buat keputusan lagi,” katanya dalam sidang media maya hari ini.

Dua usul yang akan dibentangkan partinya berhubung proklamasi Darurat dan penubuhan Majlis Pemulihan Negara untuk melawan pandemik Covid-19.

Hari ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker), Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan sudah menerima pemakluman daripada PM selaku Ketua Majlis untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat bagi penggal keempat selama 15 hari bermula 6 September ini.

Sidang tersebut akan diadakan selepas sidang mesyuarat khas dijalankan pada 26 Julai ini.

“Selaras dengan Peraturan 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang memutuskan Takwim Dewan Rakyat bagi mesyuarat pertama mulai 6 September hingga 30 September 2021 bersamaan 15 hari.

“Mesyuarat Kedua mulai 25 Oktober hingga 16 Disember 2021 bersamaan 32 hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhar berkata Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 6 September, jam 10.00 pagi bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir sebelum ini mendesak supaya kerajaan membuka sidang Parlimen walaupun kes penularan Covid-19 dalam negara semakin meningkat.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Ucapan 3R : PN akan lapor polis terhadap Guan Eng
July 9, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok