Dewan Rakyat bersidang 15 hari bermula 6 September, kata Speaker

July 15, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker), Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan sudah menerima pemakluman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Ketua Majlis untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat bagi penggal keempat selama 15 hari bermula 6 September ini.

Sidang tersebut akan diadakan selepas sidang mesyuarat khas dijalankan pada 26 Julai ini.

“Selaras dengan Peraturan 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang memutuskan Takwim Dewan Rakyat bagi mesyuarat pertama mulai 6 September hingga 30 September 2021 bersamaan 15 hari.

“Mesyuarat Kedua mulai 25 Oktober hingga 16 Disember 2021 bersamaan 32 hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhar berkata Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 6 September, jam 10.00 pagi bertempat di Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Selain itu, Azhar juga mengesahkan bahawa sudah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, bagi faedah orang ramai adalah mustahak untuk diadakan satu Mesyuarat Khas sebelum tarikh mesyuarat akan datang yang telah ditetapkan mengikut Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Bagi tujuan tersebut, saya juga telah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk Perdana Menteri mengadakan mesyuarat tersebut walaupun Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 masih berkuat kuasa.

“Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin akan menyusul dengan mengeluarkan Pemberitahuan Mesyuarat Khas tersebut kepada semua Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari ini yang memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang selama lima hari pada Isnin, 26 Julai 2021 hingga Khamis, 29 Julai 2021 dan Isnin, 2 Ogos 2021 mulai jam 10.00 pagi,” katanya.

Beliau juga mengingatkan semua Ahli Dewan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan persidangan Parlimen yang telah ditetapkan dengan mengambil kira pandangan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang masa.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
22 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok