Isham Jalil kata jumlah kes, punca peningkatan Covid-19 satu pembohongan?

July 14, 2021 · Politik

Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil membayangkan fakta kes harian Covid-19 dikeluarkan setiap hari dan punca peningkatan jangkitan disebabkan pertambahan ujian saringan, adalah sekadar alasan untuk menutup angka sebenar.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor itu mendakwa alasan kes bertambah disebabkan peningkatan ujian saringan Covid-19 dilakukan baru-baru ini sekadar satu penafian dan keengganan untuk mengaku bahawa wabak Covid-19 di Malaysia bertambah buruk.

“Penyokong-penyokong kerajaan berkata yang peningkatan mendadak kes Covid-19 adalah kononnya kerana peningkatan ujian (swab test) Covid-19 yang dilakukan baru-baru ini.

“Mereka masih dalam penafian dan tidak mengaku yang wabak Covid-19 di Malaysia adalah semakin buruk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, data dan statistik berkaitan kes-kes jangkitan dan kematian harian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam dikeluarkan oleh KKM dan menjadi rujukan semua pihak.

Semua data itu dikeluarkan dalam dua peringkat iaitu jumlah jangkitan baharu secara ringkas dan peringkat kedua adalah laporan penuh situasi semasa jangkitan penyakit Voronavirus 2019 di Malaysia.

11 Julai lalu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata lonjakan kes jangkitan harian Covid-19 di Lembah Klang sudah dijangka susulan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 yang dijalankan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

“KKM sudah jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan.

“Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan,” katanya Dr Noor Hisham.

Namun Isham dalam kenyataan hari ini berkata:

“Apa yang mereka (penyokong kerajaan) ingin kata ialah kononnya angka peningkatan jangkitan ini bukanlah peningkatan sebenar jangkitan tetapi hanyalah peningkatan kes positif yang dikesan melalui kadar ujian yang meningkat.”

Dia juga menuduh pihak berkaitan gagal mengesan jangkitan lebih awal dengan memperbanyakkan ujian supaya langkah awal boleh diambil.

“Ramai orang dijangkiti dan mati kerana jangkitan dikesan pada fasa lewat,” katanya dalam kenyataan yang turut dikongsi Najib.

Isham menuduh Malaysia adalah antara yang tercorot di dunia dalam kadar vaksinasi.

12 Julai lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia menghampiri sasaran mencapai imuniti kelompok selepas kadar vaksinasi harian di Malaysia kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia.

Katanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Jawatankuasa Teknikal Covid-19 dalam sidang media baru-baru ini telah mengeluarkan analisis dapatan data terkini perkembangan kes Covid-19 di seluruh dunia.

Untuk rekod semalam sahaja, negara sekali lagi merekodkan jumlah pemberian vaksin harian tertinggi setakat ini dengan pemberian sebanyak 424,541 dos pertama dan kedua.

Jumlah pemberian vaksin di seluruh negara pula melepasi angka 12 juta apabila sehingga semalam sebanyak 12,212,730 suntikan dos pertama dan kedua sudah diberikan.

Malah dalam statistik yang dikumpulkan laman sesawang data global Our World in Data meletakkan Malaysia mengungguli negara-negara utama Asean lain dalam peratusan tertinggi populasi menerima vaksin sekurang-kurangnya bagi suntikan pertama.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini berkata peningkatan kes Covid-19 adalah trend global ketika ini.

“Kita sedang kesan pusingan virus ini di seluruh dunia dan kita melihat lonjakan jangkitan di banyak negara ketika ini,” kata Ketua Teknikal WHO bagi Covid-19 Maria Van Kerkhove awal minggu ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Tegur DAP pun tak boleh dalam UMNO sekarang, pecat nanti: Isham
December 15, 2023· Politik
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok