Kerajaan sedia RM35j geran kepada PBT laksana bandar rendah karbon

July 13, 2021 · Isu semasa

Kerajaan memperuntukkan RM35 juta sebagai Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) sebagai galakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon (LCCF) berimpak tinggi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keutamaan diberikan kepada PBT yang sudah melaksanakan program LCCF serta menyertai program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) pada peringkat kategori Zon Rendah Karbon.

Beliau berkata Pelan Induk LCCF yang dilancarkan hari ini memberi panduan lengkap kepada kerajaan negeri dan PBT dalam membangunkan bandar rendah karbon di kawasan pentadbiran masing-masing.

“Pelan itu bagi memperkukuh kerangka pelaksanaan inisiatif rendah karbon dengan lebih sistematik serta mencapai sasaran pengurangan karbon yang jelas.

“Ini adalah sokongan dan suntikan dana diberikan kepada PBT untuk memacu tindakan perubahan iklim di peringkat PBT dan akar umbi,” katanya pada Persidangan Bandar Rendah Karbon Malaysia (MyL3C) dan pelancaran Pelan itu secara maya, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru agar pihak berkepentingan, terutama PBT menyambut baik usaha kerajaan dan memberikan kerjasama serta komitmen jitu dan berterusan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam melaksanakan transformasi ke arah bandar rendah karbon yang dibawa melalui Pelan ini.

“Saya amat yakin inisiatif ke arah bandar-bandar rendah karbon di Malaysia boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan menggunakan pendekatan bersepadu dan sistematik,” katanya.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan kajian Global Commission on the Economy and Climate, analisis peringkat bandar terkini berkaitan kes ekonomi bagi tindakan rendah karbon menunjukkan bahawa langkah bandar rendah karbon mewakili peluang ekonomi berjumlah AS$16.6 trilion di seluruh dunia.

Katanya, ia berdasarkan hanya kepada penjimatan tenaga yang boleh diperoleh daripada pelaburan rendah karbon.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Anwar bidas PM berhubung kelonggaran kepada pemimpin UMNO di Melaka
November 1, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
17 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok