Tindakan undang-undang berkait audit 1MDB difail terhadap KPMG PLT

July 9, 2021 · Isu semasa

Writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada 6 Julai 2021 lalu, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Jurucakap rasmi MoF berkata kerajaan Malaysia, Menteri Kewangan (Diperbadankan), 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan empat anak syarikat 1MDB merupakan plaintif dalam perkara berkenaan.

“Tuntutan tersebut berkaitan dengan kerja-kerja audit 1MDB oleh KPMG bagi tempoh 2010 hingga 2012.

“Oleh kerana kes ini sudah difailkan di mahkamah, MoF tidak dapat memberikan komen lebih lanjut bagi mematuhi peraturan sub judice,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Kenyataan itu dikeluarkan MoF bagi menjawab pertanyaan mengenai tindakan undang-undang yang difailkan terhadap firma perakaunan Malaysia, KPMG PLT.

Terdahulu sebuah portal berita perniagaan melaporkan mengenai tindakan undang-undang yang diambil MOF dan beberapa pihak lagi terhadap KPMG PLT yang difailkan Selasa lalu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok