Sediakah Zahid lepas jawatan Presiden untuk tunjuk UMNO bersih?

July 9, 2021 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpendapat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi punca pengundi menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti kerana kes-kes mahkamahnya.

Sehubungan itu beliau sekali lagi menggesa Zahid meletak jawatan Presiden UMNO jika mahu melihat parti itu kembali mendapat kepercayaan pengundi.

Ahli Parlimen Padang Besar itu percaya jumlah undi yang akan diperoleh calon UMNO akan turun selagi Zahid kekal sebagai presiden kerana rakyat akan merujuk tuduhan mahkamah terhadapnya.

“Zahid masih lagi mempunyai kes mahkamah yang akan memberi impak negatif terhadap imej UMNO.

“Kalau kita lihat sebelum ini, ahli UMNO yang ada kes mahkamah akan meletak jawatan. Contohnya Rahim Thamby Chik, Mat Taib (Muhammad Muhd Taib), Khir Toyo dan terbaru Ketua Bahagian Mersing.

“Sebab itu UMNO dulu kuat dan dihormati rakyat. Kita perlu tunjukkan bahawa UMNO bersih kerana rakyat ketika ini sudah kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara sebelum ini,” katanya pada sebuah wacana dalam talian semalam.

Semalam Agenda Daily melaporkan pemimpin senior parti yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Zahid menggunakan MT UMNO untuk mendesak PM meletak jawatan disebabkan perbicaraan kesnya yang semakin hampir dijatuhi hukuman dan sudah kesuntukan masa.

“Kes Zahid tetap tidak selesai sebab Tan Sri Muhyiddin tidak mahu berkompromi. Ini bermakna keputusan tersebut (keluar Perikatan Nasional dan tarik balik sokongan) lebih kepada pengaruh dan dendam,” kata Nazri.

Nazri juga berkata Zahid dan rakan karibnya Datuk Seri Najib Razak mahu membawa UMNO keluar daripada PN disebabkan terdesak mahu menyelamatkan diri masing-masing daripada kes mahkamah.

Untuk rekod, Zahid kini sedang berdepan 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Najib pula berdepan beberapa kes mahkamah antaranya tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta,empat pertuduhan rasuah menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Mengenai keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN seperti diumumkan Zahid, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, tindakan itu akan memberi peluang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipilih menjadi Perdana Menteri (PM).

“Saya tak kisah kalau calon PM bukan dari UMNO sekalipun. Kalau datang dari Bersatu atau PAS saya akan sokong. Apa yang saya lihat kemungkinan sekarang adalah Anwar memandangkan beliau ada SD yang cukup kerana disokong oleh Zahid.

“Saya tak sokong sebab saya berpegang kepada prinsip ‘No Anwar No DAP’,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tohmahan dibuat untuk tutup kepincangan isu lantik anak jadi penasihat: Muhyiddin
February 9, 2023
Anwar kata tak peduli jika tindakan dianggap bermotif politik: Laporan
March 11, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok