Guna Setpol Melayu minta maaf, kenapa bukan Kit Siang sendiri minta maaf?

July 6, 2021 · Politik

Penasihat parti cauvinis DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini didakwa kononnya telah memohon maaf berhubung kenyataannya berkaitan ‘Kerajaan Allah’ yang dianggap menghina Islam.

Sebelum ini, kenyataan Kit Siang berkaitan ‘Kerajaan Allah’ dimuat naik di laman Facebooknya sendiri, tetapi yang peliknya jika benar dia telah memohon maaf, kenapa dia tidak memuat naik di laman sosial yang sama.

Tetapi apa yang dilakukannya ialah meletakkan kembali gambar sama ketika membuat kenyataan ‘Kerajaan Allah’ dan menggantikan dengan kata-kata “Semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik perlu bersatu-padu untuk memenangi perang melawan Covid-19”.

Semalam Kit Siang meletakkan gambar sama dan menulis:

““If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government”.

Dakwaan kononnya permohonan maaf telah dibuat, dinyatakan oleh Setiausaha Politiknya, Syahredzan Johan dalam laman Twitternya, bukan Kit Siang sendiri melakukannya walaupun diselitkan keratan kenyataan ahli politik itu.

Sebaliknya permohonan maaf itu dibuat oleh setiausaha politiknya – individu Islam yang menyatakan dia menegur Kit Siang berhubung kenyataan kontroversi itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Twitter Syahredzan, Kit Siang mendakwa kenyataan yang dia keluarkan semalam dibuat selepas membaca laporan media bertajuk ‘Covid is a test from God, only Allah’s govt can overcome it, says Hadi’.

Dia mendakwa telah beranggapan bahawa Allah’s goverment’ yang disebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merujuk kepada Kerajaan Islam, termasuklah Kerajaan Perikatan Nasional.

Dia juga mendakwa tidak berniat mempersoalkan mana-mana agama atau kepercayaan mahupun agama Islam dan niatnya hanyalah untuk menulis respons kepada apa yang dilaporkan sebagai dikatakan Hadi.

Atas kesedaran bahawa dia melakukan kesilapan, Kit Siang didakwa memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.

Pagi tadi, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis berhubung kenyataan Kit Siang berkaitan perkara itu. Laporan polis dibuat dibuat Setiausaha Agung UMMAH, Khalil Idham Lim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak jam 10.12 pagi.

Serentak itu UMMAH turut mengarahkan semua cawangan negeri dan jaringan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah gerakan itu membuat laporan sama.

Pada masa sama, Pengerusi UMMAH Mohd Zai Mustafa juga meminta Majlis Raja-Raja Melayu yang menjaga kesucian Islam di Malaysia bertindak terhadap Kit Siang yang membuat tafsiran mempersenda Islam dan menghina Allah.

“UMMAH juga menyeru pihak berkuasa, mufti dan Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan yang keras terhadap kenyataan yang menghina, dengan membuat tafsiran mempersenda Islam secara terbuka yang boleh membawa natijah memesongkan agama Islam di negara ini.

“Islam adalah agama persekutuan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Menjaga kesucian agama Islam adalah tanggungjawab mufti dan Raja-Raja Melayu,” kata Mohd Zai.

Dewan Pemuda PAS Malaysia turut memberi amaran supaya Kit Siang membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap umat Islam dalam tempoh 24 jam dan laporan polis secara besar-besaran akan dibuat sekiranya gagal berbuat demikian.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Senator Ir Khairil Nizam Khairudin berkata bukanlah sesuatu yang pelik bagi pemimpin parti seangkatan dengan Kit Siang menghina Islam dan Allah.

“Sekiranya kebiadaban ini dibiar berterusan, keamanan dan keharmonian negara akan terus tergugat akibat mulut lancang dan penghinaan golongan ini. Pemuda PAS menggesa tindakan berat dikenakan ke atas mereka yang cuba menggugat keharmonian negara,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok