Tiada istilah ‘derhaka’ kepada Raja dalam Perlembagaan, kata Sri Ram

July 5, 2021 · Politik

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram menegaskan tidak ada istilah ‘derhaka’ atau tidak taat kepada Raja yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya kata beliau apa yang diiktiraf dalam sistem perundangan negara adalah mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong seperti peruntukan Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, kali pertama dan terakhir seksyen itu pernah digunakan adalah terhadap 29 ahli kumpulan ajaran sesat Al Ma’unah pada tahun 2000 apabila mereka dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli kumpulan itu melarikan puluhan senjata api pelbagai jenis dari Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak, sebelum membuat persiapan dalam misi untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut Sri Ram yang juga pakar dalam hal-hal Perlembagaan Malaysia berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan membicarakan ‘derhaka’ atau tidak taat kepada raja.

Memetik laporan MalaysiaNow beliau berkata kenyataan yang menghina institusi Raja bagaimanapun dianggap sebagai jenayah mengikut Akta Hasutan.

Tetapi tidak mengikut nasihat Raja bukan satu kesalahan, katanya.

“PM (Perdana Menteri) atau Peguam Negara yang menolak untuk tidak mengikut nasihat Agong tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Bahkan, sebaliknya, undang-undang Perlembagaan memerintahkan Agong untuk bertindak mengikut nasihat PM.

“Tiada apa yang dianggap sebagai derhaka kerana tidak buka Parlimen,” katanya yang pernah mengeluarkan lebih 800 pernghakiman ketika berkhidmat yang kini menjadi rujukan undang-undang oleh mahkamah Malaysia Komanwel.

Sri Ram berkata demikian apabila diminta mengulas isu berkaitan konsep ‘derhaka’ kepada Raja, yang sejak kebelakangan ini dimainkan oleh beberapa pemimpin blok pembangkang dan sekutu mereka di dalam UMNO, untuk menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ‘derhaka’ kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong mencadangkan Parlimen dibuka secepat mungkin bagi membolehkan beberapa isu termasuk penularan wabak Covid-19, darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibincangkan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga memberi jaminan kerajaan PN akan membuka Parlimen sebelum 1 Ogos.

Ini disebabkan kerajaan perlu mengambil kira beberapa peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sidang Dewan Rakyat boleh diadakan.

Namun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan baiknya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan Perdana Menteri dan kerajaan PN ‘derhaka’ kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun turut terkena tempias ‘derhaka’ apabila mengeluarkan kenyataan mengatakan Yang di-Pertuan Agong perlu mendengar dan menerima nasihat Jemaah Menteri.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok