Sejuta dos vaksin Pfizer bakal diterima esok

July 4, 2021 · Isu semasa

Sejuta dos vaksin Covid-19 Pfizer bakal diterima negara esok yang disumbangkan Amerika Syarikat, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sumbangan tersebut akan menambah bekalan vaksin negara disamping meningkatkan lagi program vaksinasi negara bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berjalan, kata Hishammuddin.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan sejawat saya, (Setiausaha Negara) Antony Blinken dan Kerajaan AS atas sumbangan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata Malaysia juga amat menghargai sokongan AS melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bernilai US$250,000.

Beliau turut berharap hubungan erat serta mesra antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.

Dalam usaha memastikan akses global yang adil terhadap vaksin COVID-19, Hishammuddin berkata Malaysia sedia menjalin kerjasama menyeluruh dengan AS dalam penyelidikan, pengembangan dan pengedaran vaksin.

Katanya, menerusi suratnya kepada Blinken pada 4 Jun, Malaysia menyambut baik pengumuman Presiden Joe Biden pada 3 Jun mengenai sokongan untuk mengetepikan secara sementara perlindungan Harta Intelek (IP) vaksin Covid-19.

Di samping itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menerusi ucapannya di Persidangan Antarabangsa Nikkei pada Mei 2021 mengumumkan sokongan Malaysia untuk mengetepikan IP vaksin Covid-19.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok