Tiga hari tak jamah nasi, ibu tunggal kibarkan bendera putih

June 30, 2021 · Isu semasa

Selepas tiga hari tidak menjamah nasi sebaliknya hanya memakan biskut bersama anak perempuannya, seorang ibu tunggal akhirnya mengibarkan bendera putih di hadapan rumahnya sebagai tanda memerlukan pertolongan daripada orang ramai.

Rohayah Che Samah, 50, berkata dia bertindak demikian kerana keadaannya yang semakin kekurangan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan seharian malah turut kehabisan beras sejak tiga hari lepas.

Dia yang tinggal bersama anak perempuan bongsunya, Amalina Kamaraddin, 14, berkata mereka hanya mengisi perut dengan biskut serta sumbangan makanan seperti kek yang diberikan jiran sejak ‘terputus’ bekalan beras.

“Saya pasang bendera putih selepas adik perempuan suruh berbuat demikian sebab saya selalu ceritakan masalah dialami kepadanya. Jadi, dia sarankan kepada saya gantung bendera putih supaya ada orang akan datang untuk tolong.

“Ikutkan saya pun tidak tahu mengenai (kempen) bendera putih ini. Alhamdulillah, selepas saya gantung ada pihak yang datang menghulurkan bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di Kota Bharu, hari ini.

Memetik laporan Bernama, Rohayah bersama Amalina menetap di sebuah rumah sewa berkeluasan kira-kira 300 kaki persegi di Kampung Pulau Kundor, Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata ketika ini, dia juga mengalami masalah kewangan kerana hanya bergantung kepada upah mewarna batik dengan bayaran RM2 untuk sehelai kain.

“Paling banyak dalam sehari pun saya terima upah untuk tujuh helai kain batik, tambahan dengan Fasa Satu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini tidak banyak kain batik yang perlu diwarnakan.

“Anak-anak yang lain semua berada di Kuala Lumpur dan mereka juga tidak dapat membantu saya sebab masing-masing bekerja biasa sahaja dan turut terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Menurut Rohayah, lebih merumitkan keadaan apabila dia tidak layak menerima bantuan daripada pihak berkuasa kerana tidak mempunyai surat penceraian rasmi.

Terdahulu, Pusat Khidmat Parlimen Pengkalan Chepa ke rumahnya bagi memberikan sumbangan wang serta bekalan makanan kepada Rohayah selepas kibaran bendera putih di hadapan rumahnya tular menerusi WhatsApp dan Facebook, sejak pagi tadi.

Sumbangan itu disampaikan kepada Rohayah melalui Pegawai Khas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Muhammad Abdul Munib Zakaria. Turut hadir Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang Muhammad Sulaiman dan Penghulu Mukim Pulau Kundor Rosli Mat Hussin.

Kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah sekiranya terputus bekalan makanan mula mendapat perhatian warganet sejak beberapa hari lalu.

Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat bagi membantu individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 namun malu menyatakannya secara terbuka.

Ia juga diharapkan memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling supaya dapat membantu mereka yang memerlukan dalam apa-apa bantuan dengan kadar segera.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok