Semua urusan percukaian LHDN secara janji temu bermula 1 Julai

June 30, 2021 · Isu semasa

Orang ramai perlu membuat janji temu bermula 1 Julai sekiranya mahu mendapatkan khidmat kaunter percukaian di pejabat cawangan, pusat satelit dan pusat khidmat hasil (PKH) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan hari ini lapor Bernama, memaklumkan waktu operasi bagi kaunter perkhidmatan percukaian itu adalah berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurut LHDN, orang ramai yang ingin hadir boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk membuat janji temu dalam talian (e-Janji Temu).

“LHDN ingin menasihatkan para pelanggan yang menghadiri janji temu untuk sentiasa mengemas kini Status Risiko COVID-19 masing-masing pada aplikasi MySejahtera dan mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Mahkamah kekalkan keputusan Najib dan anak perlu bayar cukai RM1.7 bilion
October 16, 2023· Isu semasa
PMX nafi beri arahan ambil tindakan terhadap pihak lawan
June 18, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok