PMX nafi beri arahan ambil tindakan terhadap pihak lawan

June 18, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tertentu sejak memegang jawatan itu.

Beliau berkata sebaliknya arahan adalah supaya tindakan diambil terhadap semua yang terkait dengan sebarang masalah, ia selepas beberapa pemimpin pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) yang dilaporkan berdepan siasatan pihak berkuasa baru-baru ini.

“Saya tak pernah arah ambil tindakan kepada sesiapa. Saya arah tindakan kepada semua yang terkait dengan permasalahan.

“Ini saya sebut kerana saya mahu keluarga penjawat awam ini yakin bahawa pimpinan berada di landasan yang betul dan supaya boleh bekerja dengan penuh semangat,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Kepada Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Besar Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad.

Mengulas lanjut, Anwar juga mahu sikap gelojoh apabila memegang jawatan tidak lagi diulangi.

“Tidak boleh mengulangi sikap gelojoh yang bila pegang jawatan pastikan anak pinak, keluarga dan kroni kaya raya tanpa ikut peraturan, memberi atau mengambil kontrak sesuka hati dan bila kena siasat dakwa ini semua tindakan politik.

“Saya tidak ada di sini untuk pegang jawatan dan balas dendam, hina orang dan dakwa, serta menghukum… bukan kerja saya. Arahan saya jelas dan ingat semua penjawat awam negeri dan persekutuan di mana-mana peringkat sekalipun urus negeri dengan amanah dan baik,” katanya.

Anwar berkata arahan beliau kepada badan-badan lain juga jelas supaya tindakan diambil tidak mengira pangkat dan darjat.

“Arahan saya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan semua penguatkuasa lain jalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani, tidak kira pangkat dan darjat,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Hapus hutang dan sukuk adalah lain, Muhyiddin beritahu kepada PMX yang tak faham
July 9, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok