Amaran bahaya varian Delta cepat merebak

June 29, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kepada orang ramai bahawa varian Delta Covid-19 lebih mudah tersebar berbanding varian lain, terutama jika individu gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pegarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt atau Ro) bagi varian Delta adalah antara 5 dan 8, berbanding varian atau penyakit lain.

Ro adalah nilai asas pembiakan, manakala Rt pula adalah nilai dihitung kebolehjangkitan bagi penyakit berjangkit.

Beliau memberi contoh Ro jangkitan cacar pada 1970-an lalu iaitu antara 3.5 hingga 4.5.

“Ro bagi varian Alpha B117 pula adalah antara 4 hingga 5 berbanding varian Delta antara 5 hingga 8. Disebabkan itu, varian Delta lebih mudah disebarkan berbanding varian lain,” katanya.

Untuk rekos, nilai Rt 4 bermakna individu positif jangkitan virus boleh menyebarkan penyakit ini kepada empat orang yang lain.

Nilai Rt digunakan bagi meramal berapa orang yang mungkin mendapat jangkitan bagi membolehkan perancangan strategi kawalan dan pencegahan dilakukan.

Ia juga turut menunjukkan sama ada tindakan kawalan dan pencegahan dilakukan berkesan atau tidak.

Pada 18 Jun lalu, Dr Noor Hisham berkata 22 lagi kes membabitkan jangkitan varian baharu Covid-19 yang dikesan di Malaysia bagi tempoh bermula 11 sehingga 19 Jun.

Beliau berkata, semua jangkitan varian baharu berkenaan terdiri daripada 14 kes varian Beta dan lapan kes membabitkan varian Delta.

Beliau berkata, sejumlah 183 kes dilaporkan secara kumulatif bagi kes yang berada di bawah kategori Variant Of Interest (VOI) dan Variant Of Concern (VOC). Daripada jumlah tersebut, 167 kes merupakan kes VOC manakala 16 lagi kes adalah VOI.

Sebelum ini, pakar Covid-19 United Kingdom (UK) Profesor Neil Ferguson memberi amaran bahawa Varian Delta – yang mula-mula dikesan bermutasi di India – kini berada di seluruh dunia dengan tahap penularanya antara 30 peratus hingga 100 peratus lebih cepat berbanding varian Alpha.

Susulan itu, pakar epidemiologi di Imperial College London berkenaan menasihatkan kerajaan Britain untuk mengambil langkah melaksanakan ‘lockdown’ pertama negara itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hampir 7.6 juta dos vaksin sudah diberi
June 29, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok