Covid-19: Jakim letak 16 pegawai di hospital tangani kemurungan

June 28, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menempatkan 160 pegawainya di hospital seluruh negara bagi menangani masalah kemurungan dan kerohanian dalam kalangan pesakit serta kakitangan kesihatan akibat pandemik Covid-19, tanpa mengira kaum dan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pegawai terbabit akan membantu pihak hospital memberi khidmat psikospritual, bimbingan dan ilaj syarie.

“Inisiatif ini bagi membantu kerajaan menangani masalah kemurungan dalam kalangan pesakit selain program MyCareCov19 yang dimulakan pada April 2020,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini

Katanya, mereka terdiri daripada Kader Post JAKIM, Pegawai Mesra Ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Sabah (JKNS) dan ‘Spiritual Provider’ lantikan Hospital Rehabilitasi Cheras yang akan diberikan latihan bagi membantu menangani masalah ini.

Selain agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, MyCareCov19 turut mendapat sokongan beberapa kementerian.

Ia termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Ia bertujuan membantu golongan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan tanpa mengira kaum dan agama melalui perkongsian rasa, khidmat nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada mereka.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok