[KEMAS KINI] Ebit Lew bakal masuk Palestin malam ini

June 27, 2021 · Isu semasa

Oleh Hiekal Rosli
Jurugambar Agenda Daily yang turut serta dalam misi bantuan ke Palestin

Pendakwah terkenal, Ebit Lew kini sudah separuh perjalanan menuju ke perbatasan antara Mesir dan Semenanjung Gaza, di Palestin, apabila beliau melepasi wilayah Ismailia di timur laut Mesir hari ini.

Agenda Daily difahamkan dalam tempoh dua jam lagi beliau dijangka tiba di Rafah – satu-satunya pintu sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir, kira-kira empat jam perjalanan dari Ismailia – sebelum memasuki wilayah bergolak itu.

Kaherah membuka semula pintu lintasan Rafah Februari lalu bagi memudahkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza berulang alik ke Mesir bagi mendapatkan barang keperluan dan rawatan perubatan.

Bagaimanapun, hanya Ebit Lew dan rombongan sahaja yang akan dibenar melintasi pintu sempadan itu yang dikawal pasukan keselamatan Mesir dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Pelbagai barang makanan dan ubat-ubatan yang dibeli Ebit Lew dan diisi di dalam beberapa lori akan melalui pintu sempadan Kerem Shalom yang dikawal pihak berkuasa rejim Zionis Israel yang mengenakan perintah sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak puluhan tahun lalu.

Dua hari lalu, Pasukan Tentera rejim Israel (IDF) dilaporkan membuka separuh sahaja pintu sempadan Kerem Shalom. Mulai Jumaat, rejim itu hanya membenarkan bahan mentah untuk industri kritikal memasuki Semenanjung Gaza melalui pintu sempadan berkenaan.

Hingga kini, rejim Zionis secara signifikan mengehadkan kemasukan barangan ke Semenanjung Gaza susulan konflik 11 hari yang berlaku Mei lalu.

Rejim itu hanya akan memperluaskan kemasukan jenis barangan ke Semenanjung Gaza jika Hamas membebaskan warganya yang ditahan.

Tidak pasti sama ada bekalan bantuan yang disediakan Ebit Lew mampu melepasi pemeriksaan ketat rejim Zionis di pintu lintasan Kerem Shalom.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan Ebit Lew mempercepatkan jadualnya memasuki wilayah itu kerana bapanya sedang sakit di Malaysia.

Beliau telah membeli pelbagai keperluan seperti makanan dan bekalan perubatan di Kaherah sejak beberapa hari lalu untuk disampaikan kepada rakyat Palestin, namun belum dapat melakukan penghantaran.

Ebit Lew mahu segera masuk Gaza, rindukan ayah sakit di Malaysia

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok