HM4P buat persiapan akhir sebelum masuk Palestin

June 27, 2021 · Isu semasa

Oleh Hiekal Rosli
Jurugambar Agenda Daily yang turut serta dalam HM4P

Pasukan misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) anjuran Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) yang turut disertai wakil Agenda Daily sedang membuat persiapan untuk memasuki Semenanjung Gaza.

HM4P diketuai Pengerusi BKUM Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka memasuki wilayah bergolak itu bersama pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir yang bertanggungjawab menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin di wilayah itu.

Azeez ketika sidang media hari ini memaklumkan pemimpin Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir, Dr Ramy El Nazer meminta beliau dan anggota HM4P memasuki Semenanjung Gaza untuk melihat sendiri keadaan di wilayah itu.

“Kita berjumpa dengan Dr Remy El Nazer yang bertanggungjawab menghantar bantuan ke Gaza semenjak diserang dan beliau telah berkongsi banyak maklumat berkaitan. Insya-Allah kita akan terus bekerjasama selepas ini.

“Kali ini beliau meminta kita masuk ke Gaza untuk melihat sendiri dan ambil maklumat untuk menyalurkan bantuan atau apa-apa yang perlu.

“Sekiranya selepas ini mahu menyampaikan bantuan susulan kepada hospital atau rakyat Palestin yang terkesan maka Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir sanggup menerima barang-barang dan menghantarkan bagi pihak kita.

“Ini bermakna tidak semestinya kita datang dalam rombongan yang besar apatah lagi dalam kekangan Covid-19 sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata, Dr Ramy juga memaklumkan pihaknya bersedia menerima pelajar Malaysia yang berada di Mesir untuk mewakili BKUM atau menjadi perantara antara Malaysia dan persatuan itu.

Terdahulu beliau menyampaikan 10 kerusi roda kepada persatuan itu untuk kegunaan pelarian Palestin yang berada di Mesir, dan warga Semenanjung Gaza.

Misi bantuan itu dianggotai 17 anggota melaksanakan misi berkenaan selama dua minggu dengan fasa pertama membabitkan sumbangan kewangan bagi membaik pulih dan memenuhi keperluan pengurusan Masjid Al-Aqsa.

Turut serta pPenyanyi terkenal Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

HM4P sebelum ini telah menyalurkan sumbangan AS$200,000 (RM828,000) kepada Tabung Al-Aqsa di bawah Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Jordan yang diterima menterinya, Dr Mohammad Al-Khalaileh Ahad lalu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok