Empat sekeluarga maut Myvi bertembung treler di Bentong

March 29, 2021 · Isu semasa

Empat sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, di Bentong, Pahang, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta Marlianna Abdul Muid, 37, dan adiknya Marlia, 36. Kedua-duanya tersepit dan cedera parah di kepala.

Dua mangsa kanak-kanak, Muhammad Aisy Harraz Aziz, tujuh tahun dan anak Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, sembilan tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta itu, meninggal dunia di Hospital Bentong, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supertintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, nahas berlaku kira-kira jam 4.10 pagi dan semua mangsa beralamat di Banting, Selangor.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Marlianna dari arah Kota Bharu, Kelantan ke Selangor cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak berjaya sebelum bertembung dengan treler dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit dan kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan menyebabkan bantuan bomba diperlukan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, pemandu treler yang berusia 42 tahun, bagaimanapun tidak cedera.

Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok