Tular mesej WhatsApp darurat kesihatan disambung tidak benar

June 16, 2021 · Isu semasa

Dakwaan satu mesej kononnya darurat kesihatan akan disambung yang tular dalam WhatsApp adalah tidak benar, kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam satu kenyataan, MKN menafikan mesej bertajuk ‘Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 syor Darurat Kesihatan disambung’ seperti yang sedang tular di media sosial.

MKN menegaskan bahawa maklumat berkaitan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu adalah palsu, demikian menurut kenyataan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Orang ramai diminta untuk tidak mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan berita tidak benar yang diterima melalui media sosial seterusnya menghapus atau memadam berita tidak benar berada dalam kawalan masing-masing sama ada dalam peranti atau penerbitan bertulis dengan serta merta.

“Kegagalan berbuat demikian merupakan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dikatakan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya tempoh darurat dilanjutkan sehingga hujung tahun sebagai langkah proaktif mencegah penularan pandemik Covid-19.

Jawatankuasa terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan, berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Sumber memberitahu Agenda Daily cadangan itu dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, yang juga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam.

Berita berkaitan
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023· Isu semasa
RUU Keselamatan Siber akan digubal segera, NACSA dan MKN jadi agensi tonggak
June 15, 2023· Isu semasa
Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta
April 27, 2023· Politik
Serangan seksual oleh Anwar: Yusoff diperintah serah salinan WhatsApp
January 11, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok