Kajian Suhakam isu gender ketiga cabar syariat Islam: Yadim

June 16, 2021 · Isu semasa

Yayasan Dakwan Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan kajian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung gender ketiga di Malaysia, akan mendorong kehidupan yang menyalahi syariat Islam.

Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan Tantawi berkata kajian ‘Feasibility Of Having Legislation On The Recognition Of A Third Gender In Malaysia’, juga bertengangan dengan norma budaya hidup rakyat negara ini.

Beliau berkata, langkah mengadakan kajian itu juga akan membuka ruang dan peluang kepada lebih banyak aktiviti mungkar seperti Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LGBT) di negara ini yang akan membawa kerosakan dan keruntuhan institusi keluarga.

“Cara hidup yang bertentangan dengan fitrah asal kejadian manusia ini adalah sangat bertentangan dengan pegangan semua agama yang dianuti oleh rakyat di negara ini.

“Justeru, sebarang bentuk usaha untuk mengiktirafnya hanya akan menatijahkan kepada runtuhnya kerukunan sistem sosial di Malaysia selain menambah kepada kebobrokan nilai dan akhlak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, Yadim menggesa Suhakam lebih prihatin dengan suasana semasa dan berpendapat lebih banyak isu lain yang suruhanjaya itu boleh ketengahkan pada ketika ini.

“Walaupun suruhanjaya ini adalah sebuah badan bebas, namun sebagai entiti yang diwujudkan dan didanai oleh kerajaan, Suhakam sewajarnya sensitif terhadap pendirian Kerajaan Malaysia yang jelas tidak menyokong budaya hidup songsang ini.

“Adalah lebih baik Suhakam turut sama dalam usaha membantu negara yang kini sedang bergelut menangani Covid-19 serta menyediakan pelan pemulihan pasca pandemik berbanding menjalankan kajian yang langsung tidak berfaedah kepada negara,” katanya.

Nasrudin mengingatkan Suhakam bahawa usaha itu mempunyai implikasi kepada perundangan Islam di negara ini yang terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu.

Terdahulu Suhakam berhasrat menjalankan kajian mengenai kebolehlaksanaan undang-undang khusus di Malaysia bagi mengiktiraf golongan transgender dalam tempoh lima bulan.

Dalam terma rujukan jawatan itu Suhakam berkata, pengiktirafan sah jantina di sisi undang-undang amat penting untuk memastikan golongan transgender mampu ‘maju dan hidup bermaruah serta menikmati semua hak asasi manusia’.

Menurut badan itu, pengiktirafan sah jantina semua orang tanpa mengira agama menjadi semakin rumit dengan adanya beberapa fatwa mengisytiharkan ‘golongan trans adalah haram pada 80-an sungguhpun tidak semua fatwa itu diwartakan’.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS
November 22, 2023· Politik
Konsert Cold Play: Shahidan harap adegan cium sesama lelaki tak berulang
November 22, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Petunjuk ekonomi positif, IMF unjur pertumbuhan KDNK 6.5%
April 7, 2021
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
10 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok