Pharmaniaga yakin bekalkan 12 juta dos vaksin Sinovac bulan depan

June 16, 2021 · Isu semasa

Pharmaniaga Bhd menjangkakan dapat membekalkan 12 juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan, bulan depan – mencukupi untuk diberikan kepada kira-kira 18 peratus penduduk Malaysia, kata Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Beliau berkata vaksin itu diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pengiktirafan itu mendorong keyakinan dalam perjuangan untuk memerangi pandemik Covid-19 di negara ini.

“Kami optimis ke atas unjuran kumpulan pada tahun ini dan berharap prestasi tahun kewangan 2021 yang lebih baik dengan peningkatan berterusan bekalan vaksin Sinovac.

“Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan China baru-baru ini memberikan kelulusan segera kepada vaksin Covid-19 Sinovac untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 17 tahun dan penghasilan dua dos untuk setiap botol sebelum menyerahkannya kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk proses variasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat agung tahunan ke-23 dan mesyuarat agung luar biasa kumpulan itu yang dijalankan secara penstriman langsung hari ini.

Memetik laporan Bernama, Zulkarnain berkata Pharmaniaga akan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada NPRA untuk proses variasi kelak.

Katanya, selepas menerima kelulusan daripada agensi berkenaan, syarikat itu boleh meningkatkan kapasitinya daripada dua juta kepada empat juta dos sebulan.

Sebagai sebahagian daripada rancangan kemampanan jangka panjang syarikat, Zulkarnain berkata kumpulan itu berhasrat mempercepatkan pertumbuhan perniagaan pembuatan vaksin halalnya.

“Rancangan kami untuk mewujudkan kemudahan vaksin halal yang pertama di dunia mencatatkan perkembangan yang lancar dengan bekerjasama rapat bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Halal Development Corp Bhd.

“Projek vaksin halal telah dipilih sebagai inisiatif peneraju untuk dasar ini dan untuk tujuan pembangunan insentif,” katanya.

Kemudahan halal itu disasarkan mula beroperasi pada 2024 di samping mewujudkan aliran pendapatan baharu kepada kumpulan, kata Zulkarnain sambil memaklumkan bahawa inisiatif itu akan memberikan pelbagai faedah limpahan positif termasuk meningkatkan persediaan pandemik negara bagi membina rantaian bekalan vaksin yang mampan.

Selain itu, beliau berkata kumpulan itu menyasarkan untuk memberi peluang meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan dan menambah akses terhadap vaksin mampu milik di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Langkah ini seterusnya akan menempatkan Malaysia sebagai pengeluar vaksin global, kata Zulkarnain.

Boustead Holdings Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera masing-masing memegang 55.93 peratus dan 11.23 peratus kepentingan dalam Pharmaniaga.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
51 minit lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
56 minit lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok