Vaksinasi harian capai sasaran melepasi pemberian 200,000 dos

June 16, 2021 · Politik

Sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan berjaya dicapai selepas sebanyak 215,876 dos sudah diberikan kepada orang ramai semalam, ia melepasi sasaran 200,000 dos sehari yang diletakkan kerajaan sebelum ini.

Menurut laporan Bernama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata daripada jumlah pemberian vaksin semalam, seramai 160,226 individu menerima dos pertama manakala 55,650 individu menerima dos kedua.

Beliau berkata seramai 1,468,689 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dan seramai 3,435,420 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,904,109.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 187,443 diikuti Sarawak (168,471); Johor (142,868); Perak (139,612) dan Kuala Lumpur (131,882).

Sementara itu, berdasarkan perkongsian laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin, Dr Adham berkata seramai 13,837,410 pendaftaran direkodkan semalam, dengan perkembangan nasional sebanyak 59.10 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi yang merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,513,960 diikuti Johor (1,727,211), Sarawak (1,323,339) dan Kuala Lumpur (1,168,192).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok