Projek tambak, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikecam jadi hamba pemaju

June 14, 2021 · Isu semasa

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar mengecam Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah menjadi hamba pemaju apabila tidak menghiraukan bantahan rakyat terhadap projek tambakan laut yang dikenali Projek Pulau Pinang Selatan (PSI).

NGO Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) membidas tindakan kerajaan negeri menjual nama rakyat sebagai alasan untuk meneruskan projek tersebut walhal hakikatnya projek tambak tidak pernah menguntungkan rakyat sebaliknya hanya menguntungkan kaum pemodal.

“Kerajaan Pulau Pinang seharusnya tidak menjadi hamba kepada golongan kapitalis dan menjual nama rakyat kononnya projek penambakan laut ini demi rakyat.

“Kerana tidak ada mana-mana projek penambakan di dalam negara ini yang pernah menguntungkan rakyat melainkan menguntungkan syarikat pemodal, pelabur warga asing, golongan kaya raya dan elitis – dan rakyatlah yang terpaksa menanggung kerugian akibat daripada bencana alam seperti hakisan pantai, kehilangan sumber marin, pencemaran dan sebagainya. Juga duit cukai rakyatlah yang akhirnya diguna untuk membayar segala kerugian ini,” kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwaan kononnya projek tambak tersebut akan menawarkan peluang pekerjaan juga hanya cakap kosong kerana realitinya ribuan pekerja asing yang akan memenuhi kekosongan peluang pekerjaan dalam projek itu.

“Jaminan kerajaan negeri kononnya projek ini menyediakan ribuan peluang pekerjaan buat anak tempatan juga hanya sekadar omongan kosong sahaja kerana apa yang kita lihat selalunya, pada akhirnya majoriti warga asing juga yang memenuhi kekosongan peluang pekerjaan daripada projek tidak mampan ini,” kata kenyataan itu lagi.

Projek tersebut menerima banyak bantahan daripada kumpulan NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan beberapa pemimpin politik sekutu DAP dalam Pakatan Harapan (PH) juga membantah projek tiga pulau itu.

PSI juga mendapat bantahan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar; dan, Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow membuat keputusan untuk meneruskan PSI dan akan memberi pertimbangan kepada memulihara alam sekitar dan penduduk kawasan terbabit.

NGO itu mendakwa kerajaan negeri bersikap sombong apabila tidak mengendahkan bantahan rakyat, malah lebih malang menolak pandangan rakan parti dalam PH sendiri.

“Kerajaan Pulau Pinang, tanpa sebarang perasaan bersalah, mengumumkan meneruskan projek itu.

“Sombong dan acuh tak acuh kerajaan lebih jelas apabila bantahan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) tidak diendahkan,” katanya.

Kerajaan Pulau Pinang juga didakwa berbohong dengan mengatakan para nelayan bersetuju dengan rancangan projek tersebut, namun hakikatnya para nelayan diugut secara halus malah bekerjasama dengan pemaju cuba menyogok mereka.

“Hakikatnya majoriti (85-90%) nelayan tidak bersetuju.

“Ahli politik kerajaan Pulau Pinang dengan bantuan pihak pemaju pula sengaja mahu menyogok, memanipulasi dan memecahbelahkan komuniti nelayan. Kerja-kerja mengugut dan menakut-nakutkan nelayan juga dilakukan – termasuk dengan pemecatan terancang Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Encik Nazri Ahmad yang berjaya mengumpulkan nelayan Pulau Pinang untuk membantah projek ini,” kata NGO itu lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok