DAP mesti bekerjasama dengan UMNO untuk menang PRU15 nanti

June 13, 2021 · Politik

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa DAP menerima hakikat hanya bekerjasama dengan UMNO ‘mampu’ untuk menumbangkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

“Memanglah belum bincang, tapi DAP kena terima (UMNO),” kata penyokong kuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Katanya, DAP mesti memahami kedanamikan politik semasa, dan masanya telah tiba untuk parti itu menjalin kerjasama dengan UMNO sekiranya mahu menewaskan PN pada PRU15.

Lagipun katanya langkah ungtuk bekerjasama dengan UMNO itu sudah dilakukan DAP di Perak ketika krisis pentadbiran di negeri itu tahun lalu dan tiada masalah untuk diteruskan pada PRU15 nanti.

“Kalau ambil kira apa yang berlaku di Perak, kita boleh kerjasama dengan UMNO, kenapa kita tak boleh teruskan langkah kerjasama itu untuk menang PRU15 nanti?,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia hari ini.

Abdullah mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dengan perbincangan mengenai kerjasama politik antara PKR dan UMNO.

Guan Eng berkata, perkara itu tidak pernah dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH sekali gus DAP tiada ketetapan mengenai perkara itu.

“Itu pendirian PKR,” katanya.

Terdahulu Agenda Daily melaporkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa PRU15 nanti.

Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.

Tegas Zahid, jajaran baharu itu tidak melibatkan PN yang ada sekarang bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti yang akan bersama dalam gabungan baharu itu.

Namun, sebelum ini beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa UMNO duduk serumah bersama PKR dan DAP.

Khabar angin juga semakin kuat kedengaran Zahid adalah perancang utama untuk menjayakan kerjasama antara UMNO dengan blok pembangkang bagi menghadapi PRU15 nanti.

Malah, klip audio tular Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Zahid juga membuktikan wujud pakatan sulit antara kedua-dua individu untuk memastikan gerakan rahsia tersebut berjaya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak
October 4, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok