10 lokaliti di lima negeri kena PKPD dua minggu mulai Jumaat

June 9, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 10 lokaliti di lima negeri membabitkan Sabah, Sarawak, Pahang, Johor dan Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Jumaat ini hingga 24 Jun.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Singgahmata, Pulau Banggi dan Kampung Sin San di Kudat, serta Perumahan Kilang Ladang Ong Yah Hoo di Kinabatangan; manakala di Sarawak membabitkan Kampung Sinar Budi Baru, Kuching.

Di Pahang, PKPD dilaksanakan di Felda Tembangau 1 dan 3 dekat Bera; serta Felda Jengka 7, Maran, sementara di Johor membabitkan Felda Inas, Kulai; selain Kampung Kutan Tengah dan Kampung Ketil di Tumpat, Kelantan.

“PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin, mengawal pergerakan penghuni di lokaliti terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan wabak ke komuniti lain,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP, hari ini.

Sementara itu, PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3 dekat Raub, Pahang dilanjutkan mengikut tempoh sama berikutan masih terdapat penularan kes dalam kalangan penduduk, selain kes baharu direkodkan dan terdapat 217 lagi ujian saringan sedang menunggu keputusan.

Ismail Sabri berkata PKPD di Pangsapuri Permai dan Pangsapuri Sri Penara (Blok C dan D) di Kuala Lumpur serta Kampung Pirasan Ulu, Kota Belud dan Taman Sawit Balung, Tawau di Sabah, tamat seperti dijadualkan esok.

Turut ditamatkan esok mengikut jadual ialah lokaliti di Pahang membabitkan Mukim Perak dan Mukim Bangau di Temerloh serta Taman Dato’ Tengku Paris di Raub; manakala Pekan Kemayan, Bera juga tamat esok namun lebih awal daripada dijadualkan pada 11 Jun.

Mengenai operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP, beliau berkata seramai 885 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam.

Daripada jumlah itu, 852 individu dikompaun dan 33 direman. Antara kesalahan mereka ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis melibatkan 178 individu, tiada penjarakan fizikal (145) dan tidak memakai pelitup muka (144), katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok