‘Pegawai LHDN’ lesapkan RM15.26j dalam tempoh lima bulan

June 7, 2021 · Isu semasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang menyiasat 556 aduan membabitkan kerugian lebih RM15.26 juta akibat macau scam dengan menyamar sebagai ‘pegawai LHDN’ bagi tempoh 1 Januari hingga 27 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN berkata, sindiket itu menggunakan modus menerusi panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN dan menyatakan syarikat atau perniagaan mangsa mempunyai tunggakan cukai yang perlu diselesaikan.

“Mangsa yang akan terkeliru dengan panggilan ini kebiasaannya membuat penafian dan seterusnya panggilan akan disambungkan kepada individu menyamar sebagai polis, pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) atau pegawai penguat kuasa lain dengan memaksa mangsa untuk membuat laporan rasmi.

“Mangsa kemudian dikaitkan pula dengan kegiatan pengubahan wang haram, pengedaran dadah atau kegiatan jenayah lain sehinggakan mereka menjadi panik dan diminta untuk menyerahkan maklumat perbankan termasuk nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau Kata Laluan Guna Sekali (OTP),” katanya.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati wang dalam akaun sudah dipindahkan ke akaun pihak ketiga selain suspek tidak dapat dihubungi.

“LHDN tidak membincangkan hal berkaitan percukaian melalui panggilan telefon peribadi sebaliknya permohonan maklumat daripada pembayar cukai dan arahan pembayaran cukai tertunggak akan dilakukan melalui surat atau e-mel rasmi menggunakan domain @hasil.gov.my.

“Selain itu, pembayar cukai hendaklah memastikan bayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah dibuat kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau LHDN, manakala bayaran duti setem dibayar kepada pemungut duti setem,” katanya.

Sehubungan itu, LHDN meminta orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan macau scam yang giat memperdayakan mangsa.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan membuat pengesahan dengan LHDN terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel atau surat meragukan dengan menghubungi talian

Hasil Care Line atau pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan berhampiran.

Berita berkaitan
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023· Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Kertas siasatan libatkan penipuan pelaburan ‘Datuk Wira’ dibuka
November 9, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok