Polis tahan jurujual alat komputer kes ciapan vaksin RM70 juta

June 5, 2021 · Isu semasa

Polis menahan seorang jurujual peralatan komputer bagi membantu siasatan berhubung satu ciapan menerusi akaun Twitter berkaitan pembelian vaksin berjumlah RM70 juta, tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 12.05 tengah malam tadi.

Beliau berkata penahanan dilakukan oleh sepasukan polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman hasil laporan ‘profiling’ yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Kita turut merampas satu telefon bimbit, sebuah router dan modem yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata ciapan di akaun Twitter abah@chairmanGLC itu adalah mengenai peruntukan RM70 juta bagi membeli vaksin dan dimuat naik pada 29 Mei lalu.

Ciapan itu berbunyi “Betul. MySejahtera tak dapat funding RM70 juta tu. MySejahtera and current portal are exclusive of the budget. The one yang dapat funding RM70 juta tu adalah team yang manage AstraZeneca. From the booking sampailah cucuk vaksin. Dan main con dia adalah..jeng jeng jeng”.

Mohd Azman berkata ciapan itu mendapat 4,707 ciapan semula, 115 ciapan semula bersama komen dan 3,783 tanda suka.

“Susulan tangkapan itu, suspek direman satu hari, hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No.2) 2021,” katanya.

Seksyen itu memperuntukkan kesalahan mana-mana orang yang melalui apa-apa cara dengan niat untuk menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam atau mana-mana golongan awam, mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita berkaitan
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
SKMM minta padam ciapan kritik kerajaan, Twitter tak layan
July 1, 2023· Isu semasa
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023· Isu semasa
Maklumat peribadi tiga juta pengguna MySejahtera ‘dicuri’
February 16, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok