Pejuang tolak blok pembangkang yang bekerjasama dengan parti rasuah, kata Dr M

June 4, 2021 · Politik

Langkah blok pembangkang yang dilihat sedia bekerjasama dengan parti terpalit dengan kes rasuah menjadi punca utama parti Pejuang menolak untuk bergabung dengan mereka, kata presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata partinya akan kekal menjadi kuasa ketiga supaya bebas kerana tidak mahu dibebani dengan imej rasuah, ia berbeza dengan blok pembangkang yang kini dilihat mesra untuk bersama UMNO kebelakangan ini.

“Kami mahu bebas, supaya rakyat boleh melihat kami sebagai sebuah parti yang menolak rasuah, kerana apabila kita membuat sebarang hubungan dengan lain-lain parti, beban tuduhan yang dipikul oleh parti itu juga akan memberi kesan kepada kita.

“Kami tidak mahu prestasi lepas parti itu memberi kesan kepada kami. Kami mahu menjadi kuasa ketiga supaya rakyat mempunyai pilihan,” katanya semasa sidang media parti itu.

Bekas perdana menteri itu berkata semasa pilihan raya juga, Pejuang akan hanya bekerjasama dengan parti yang mempunyai visi dan matlamat yang sama dengan mereka.

Beliau berkata WARISAN dan Parti MUDA mungkin antara parti yang dipilih untuk bekerjasama dengan Pejuang pada pilihan raya akan datang.

Dr Mahathir tidak menamakan parti yang didakwanya terpalit dengan rasuah, bagaimana umum mengetahui beberapa pemimpin utama UMNO kini dibebani dengan kes mahkamah berhubung salahguna kuasa dan rasuah yang sedang dibicarakan.

Sebelum ini, tular klip audio Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuktikan wujud pakatan sulit antara kedua-dua individu untuk memastikan gerakan rahsia kerjasama antara kedua-dua parti tersebut berjaya.

Dalam pada itu, DAP sudah memberi ‘lampu hijau’ kepada UMNO untuk menjalinkan jajaran baharu politik itu namun perlu menerima calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan, iaitu Anwar sekiranya mahu bekerjasama.

Zahid juga sebelum ini membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok