Boleh guna surat kementerian lain buat sementara: Ketua Polis Negara

June 2, 2021 · Isu semasa

Orang ramai masih boleh menggunakan surat kebenaran pergerakan daripada mana-mana kementerian berkaitan untuk sementara waktu bagi melepasi sekatan jalan raya, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Katanya, surat kebenaran kementerian lain itu boleh diguna sehingga sistem permohonan melalui portal seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dapat beroperasi secara menyeluruh.

“Surat lain boleh digunakan untuk sementara waktu ini sehingga sistem dalam MITI berjalan sepenuhnya,” katanya hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 30 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai penguat kuasa polis mendakwa, Ketua Polis Negara memutuskan dan mengarahkan supaya polis menerima semua surat pergerakan daripada MITI, kementerian dan jabatan lain berkaitan.

Semalam, kerajaan digesa segera menyelesaikan isu berbangkit berhubung pengoperasian Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0).

Ini kerana, kebanyakan pihak dikatakan gagal melayari laman sesawang CIMS 3.0 untuk memohon kebenaran beroperasi dipercayai akibat trafik tinggi.

Difahamkan, tiada talian khusus ditetapkan bagi pengoperasian sistem itu menyebabkan rata-rata pemohon buntu apabila mereka gagal mengemukakan permohonan berkenaan.

Pemohon juga dikatakan keliru apabila diarah mengemukakan permohonan ke kementerian tertentu dan tidak lagi berpusat di MITI beberapa hari selepas pengumuman mengenai sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok