Hari pertama PKP penuh PDRM keluarkan 781 kompaun, 11 ditahan

June 2, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 781 kompaun dan 11 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pelbagai kesalahan dikenalpasti dilakukan orang ramai pada hari pertama PKP dan lebih 13,000 pemeriksaan dilaksanakan PDRM semalam bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam tempoh pelaksanaan sekatan tersebut termasuk oleh pemain industri.

“Jumlah kompaun yang agak tinggi ini menunjukkan masih ramai yang tidak mematuhi SOP ditetapkan. Kita mahu semua pihak main peranan untuk putuskan rantaian COVID-19,” katanya lapor Bernama.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 pada Jumaat lepas memutuskan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula semalam.

Hamzah berkata Pasukan Pemantauan Pematuhan SOP akan melaksanakan lebih banyak pemeriksaan mengejut di lokasi di seluruh negara bagi memastikan semua pihak mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan.

“Pemeriksaan mengejut akan dilaksanakan setiap hari di seluruh negara dan sekiranya masih ramai yang ingkar, bilangan anggota Pasukan Pemantaun Pematuhan SOP akan ditambah,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok