Gembira dikompaun tak sedar kes Covid-19 meningkat

June 1, 2021 · Isu semasa

Gembira dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) tetapi tidak memahami bahawa perbuatan itu boleh menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 semakin meningkat di Kelantan.

Tindakan beberapa individu dalam satu klip video yang ketawa ramai-ramai sambil menunjukkan surat kompaun RM1,500 yang dikenakan ke atas mereka, di Pasir Mas, bukan sesuatu yang lucu.

Sebaliknya, jangkitan positif Covid-19 di daerah Pasir Mas hari ini dicatatkan sebanyak 52 kes iaitu tempat keempat tertinggi di seluruh Kelantan yang merekodkan 531 kes baharu.

Mengikut rekod daerah Pasir Mas mencatatkan 64 kes positif Covid-19 pada Isnin, Ahad (65 kes), dan Sabtu (85 kes).

Ahad lalu, polis mengenakan kompaun terhadap 37 jemaah masjid dan surau kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Chetok, Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam pemeriksaan yang dilakukan jam 9 malam, semua jemaah berusia antara 20 hingga 70 tahun yang tidak menyembunyikan aktiviti mereka.

“Pada Jumaat 28 Mei polis mendapat maklumat awam mengenai aktiviti solat berjemaah di kedua-dua lokasi tersebut. Sepasukan anggota dari Balai Polis Tok Uban telah pergi untuk menasihati mereka supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Namun pada Ahad (30 Mei), polis masih mengesan aktiviti solat Isyak berjemaah. Berikutan itu sembilan orang dikenakan kompaun selepas didapati melakukan solat berjemaah di sebuah surau manakala 28 orang lagi di masjid, kedua-duanya di Chetok, Pasir Mas,” katanya.

Beliau berkata kesemua mereka dikompaun kerana didapati tidak memakai pelitup muka dan melanggar Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Mengulas lanjut, Mohd Nasaruddin berkata, penduduk di kawasan kampung sepatutnya mengambil iktibar daripada penularan Covid-19 yang kini melanda Kelantan sekarang ini.

Beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu boleh menyebabkan berlakunya jangkitan dan tindakan kompaun adalah jalan terakhir yang dilakukan pihak berkuasa selepas sudah acap kali nasihat diberikan tidak dipatuhi.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
11 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok