Bangga hina Agong, penyokong tegar Anwar kini diburu polis

May 29, 2021 · Isu semasa

Susulan menghina selain membuat dakwaan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi video secara langsung dalam laman rasmi Youtube, Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni kini menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya kini membuka tiga kertas siasatan susulan menerima laporan berhubung video tersebut.

“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan Unit Siastaan Jenayah Terkelas Bukit Aman dan individu ini sedang kita kesan,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Semalam, Iswardy memuat naik video secara ‘live’ berhubung Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun ini di Youtube rasmi miliknya.

Dalam video itu, calon Ketua Cabang Petra Jaya PKR Sarawak itu, secara sinis dengan berniat jahat menyindir Raja Permaisuri dan mendakwa Sultan Abdullah tidak mengambil sebarang tindakan ketika krisis pandemik Covid-19 kerana mahu melihat rakyatnya meninggal dunia.

Lebih melampau, Iswardy sambil tersenyum sinis dan seolah-olah bangga dapat mengkritik Tuanku dihadapan 6,0000 penonton yang didakwa bersamanya dalam siaran langsung tersebut.

Video live itu turut mendapat tontonan sehingga 38,645 orang.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu· Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok