Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit

February 24, 2024 · Isu semasa

Tindakan menunding jari kepada pembangkang selepas ringgit jatuh paling teruk untuk tempoh 26 tahun adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan yang memerintah ketika ini perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran kejatuhan nilai ringgit ke paras terendah dalam sejarah sejak krisis kewangan pada 1997.

“Semua nak salahkan pembangkang, sekarang siapa kerajaan?”

Menurut Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu, kejatuhan nilai ringgit ketika ini menunjukkan kerajaan campuran gagal mentadbir negara dengan baik sehingga menjejaskan rakyat dengan pelbagai masalah dihadapi ketika ini.

“Kerajaan patut bertanggungjawab kalau benda tak elok nak salahkan pembangkang itu tandanya kerajaan sudah tidak bertanggungjawab.

“Isunya sekarang ialah kerajaan sudah tidak diyakini atau tidak dipercayai mampu menguruskan negara dari segi ekonomi dan eksport import.

“Dalam tempoh setahun pemerintahan kerajaan sekarang, rakyat boleh menilai sendiri kemampuan mereka (kerajaan).”

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan kritikan hebat susulan kejatuhan ringgit, malah semasa disoal wartawan sebelum ini meminta Gabenor Bank Negara untuk menjawab isu tersebut.

Malah, Anwar semasa duduk di blok pembangkang sebelum ini paling lantang membidas kerajaan setiap kali nilai ringgit jatuh dengan pelbagai kritikan, antaranya dalam satu ucapan beliau menyalahkan kerajaan tidak pandai menguruskan negara menjadi punca kepada nilai mata wang tempatan itu lemah.

Untuk rekod, Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini. Pada jam 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7750/7795 berbanding dolar AS berbanding 4.7710/7800 pada Khamis.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Baki pinjaman hutang UDA ditukar selepas diluluskan Parlimen
April 4, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok